Kita sibuk untuk apa ?
Hari ini hampir semua orang sibuk.
Ada yang sibuk dengan kerja.
Ada yang sibuk mengurus keluarga.
Ada yang sibuk mengejar impian dan ada juga yang sibuk sekadar memenuhi tuntutan kehidupan seharian.
Kesibukan bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Malah kadangkala ia menjadi satu perkara yang dibanggakan.
Apabila ditanya khabar, antara jawapan yang sering kita dengar ialah:
“Alhamdulillah, sibuk sedikit sekarang.”
Tidak salah untuk sibuk. Malah banyak tanggungjawab dalam hidup memang menuntut kita untuk sentiasa bergerak dan berusaha.
Namun kadangkala timbul satu persoalan yang jarang kita tanyakan kepada diri sendiri.
Kita terlalu sibuk untuk apa?