Kisah Nabi Luth di dalam Surah Al-A’raf

Pasti ramai tahu tentang kisah kaum Nabi Luth yang di musnahkan Allah atas sikap melampaui batas mereka. Kisah tersebut berkait dengan Kota Sodom yang musnah akibat dihujani batuan. Malah kisah tersebut boleh didapati dari beberapa Surah di Al-Quran. Salah satu nya di surah Al-A’raf, ayat 80 hingga 84.

 

ayat 80 :

Dan Lut tatkala dia berkata kepada kaumnya : “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun di dunia ini sebelum kamu?”

 

ayat 81 :

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu bukan kepada perempuan, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”

 

ayat 82 :

Dan jawapan kaumnya tidak lain hanyalah mengatakan “Usirlah mereka (Luth dan pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang yang berpura-pura menyucikan diri.”

 

ayat 83 :

Kemudian Kamu selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya, dia (isterinya) termasuk orang yang tertinggal (dibinasakan).

 

ayat 84 :

Dan Kami turunkan ke atas mereka hujan (batu), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berbuat dosa itu.

 

Melalui ayat 80, perbuatan mereka (fahisyah) tidak pernah dibuat oleh kaum-kaum sebelum mereka. Dan azab yang diturunkan Allah dinyatakan melalui ayat 84, iaitu hujan batu. Teori ada mengatakan hujan batu itu sebagai hujan meteorid. Namun teori tersebut masih kekal sebagai teori dan tiada sebarang pembuktian saintifik.

 

Read More