Surah Al-A’raf menyimpan dialog antara Tuhan Maha Besar dan iblis yang sombong

Salam Ramadan.

Kita semua pasti pernah mendengar dialog atau kisah mengenai keingkaran iblis untuk bersujud kepada Nabi Adam apabila diperintahkan oleh Allah. Dialog tersebut adalah sebahagian daripada ayat Al-Quran yang disematkan di dalam surah ketujuh, Surah Al-A’raf.

Al-A’raf bermaksud tempat tertinggi. Surah ini mengandungi 206 ayat, dan merupakan surah Makiyyah. Dialog antara Allah Maha Besar dan iblis itu boleh didapati pada ayat 12 hingga ayat 18.

 

Ayat 12

Allah berfirman : “Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?”

iblis menjawap : “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah.”

 

Ayat 13

Allah berfirman : “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk daripada makhluk yang hina.”

 

Ayat 14

iblis menjawap : “Berilah tempoh kepadaku sampai waktu mereka dibangkitkan”

 

Ayat 15

Allah berfirman : “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh”

 

Ayat 16 – 17

iblis menjawap : “Kerana Engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus;

Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”

 

Ayat 18

Allah berfirman : “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai makhluk terhina lagi terusir! Sesungguhnya barang siapa di kalangan mereka ada yang mengikutimu, pasti Aku akan isikan neraka Jahannam dengan kamu semuanya”

 

 

 

Read More