Tenang dan Terus berjuang

1. Merasa risau adalah sesuatu yang normal dan semua dari kita pernah merasainya. Rasa risau mula terbit apabila menerima atau mendapat tahu sesuatu krisis.

2. Merasa risau adalah permulaan untuk kita mencari penyelesaian kepada krisis dan jugak membuat kita bersedia sebelum krisis tersebut benar-benar berlaku.

3. Namun setiap dari kita berbeza, dan cara kita menghadapi rasa risau itu juga berbeza. Ada kalanya kita menjadi terlalu risau sehingga menyebabkan kita mengalami tekanan perasaan.

4. Apabila kita terlalu risau pada “Tanggapan yang belum berlaku“, kita akan merasa tertekan.

5. Tanggapan, adalah proses mental di mana kita menggambarkan sesuatu perkara, isu atau krisis sebelum ia benar-benar berlaku. Selalunya tanggapan dan imaginasi ini yang mempengaruhi keputusan dan emosi kita.

6. Tanggapan berlebihan boleh tercetus akibat dari ketakutan mahupun pengalaman masa lalu. Ia bukan la sesuatu yang boleh kita pilih untuk elak kerana setiap dari kita mempunyai ketakutan dan pengalaman masa lalu. Perbezaan nya adalah cara penerimaan kita kepada ketakutan atau pengalaman tersebut.

7. Apabila menghadapi situasi begini, saya lebih mencuba untuk menyeimbangkan pemikiran saya antara krisis dan menikmati masa kini. Kita tidak wajar untuk mengorbankan masa kini yang tiada krisis untuk memberatkan pemikiran kita kepada perkara yang belum lagi benar-benar berlaku.

8. Namun begitu, ia bukan lah perkara yang perlu diabaikan terus. Kita tetap perlu bersedia untuk mencari jalan penyelesaian sebelum krisis tersebut benar-benar berlaku. Seperti kata pepatah, “Sediakan Payung Sebelum Hujan”. Tetapi harus diingat bahawa masa kini juga bukan lah sesuatu yang perlu dikorbankan sepenuhnya untuk membenarkan anda mencari jalan penyelsaian.. Masa kini yang akan hilang akan menjadi sejarah, tetapi krisis yang belum lagi berlaku mungkin hanya imaginasi.

9. Selain itu, sentiasa menzahirkan rasa syukur dengan apa yang sekarang saya miliki sentiasa membantu menenangkan sedikir perasaan. Ia mengajar saya bahawa apa yang saya ada hari ini mungkin akan hilang satu hari. Jadi di saat ia masih di beri pinjam kepada saya, perlulah saya menghargai dan bersyukur.

10. Selain itu, setiap dari krisis yang kita hadapi adalah sebahagian dari proses kehidpuan. Ia membuatkan kehidupan kita lebih menarik dan berkembang. Jadi menikmati proses tersebut merupakan perjalan normal sebuah kehidupan dan bukan terlalu memikirkan kesan atau hasil akhir dari krisis. Apabila kita menghadapi krisis dengan tenang, hasil akhir pasti juga baik.

11. Akhir kata dari saya, apabila kita mula merasa risau.. “Tenang dan Terus Berjuang”

Nota kaki : Post ini bukanlah pendapat seorang profesional. Hanya tulisan peribadi saya dari pengalaman.

Read More