Bila kesalahan itu manis dan kebenaran itu racun

Apa khabar semua rakan-rakan yang sedang berada dirumah berikutan perintah kawalan pergerakan akibat pandemik covid-19? Rasa senang atau sulit? Pasti antara kita punya rasa berbeza. 


Apabila pihak kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, saya baca ramai di antara kita mengeluh bahawa keputusan kerajaan ini adalah tidak bijak. Bermacam-macam andaian yang tidak mahu saya jelaskan disini kerana itu bukan tujuan saya, dan saya percaya kalian juga tahu berkenaan andaian-andaian tersebut. 


Apabila sesi PKPB dimulakan, saya selaku orang yang pagi-pagi telah keluar menuju ke pejabat. Pada tengah hari pula saya mengambil kesempatan untuk melihat-lihat kedai di kawasan pejabat saya yang buka untuk mencari barang-barang keperluan. Apa yang saya dapati adalah mengejutkan. Saya merasakan hampir kesemua yang saya temui mengikuti prosedur norma baru dalam menghadapi pandemik ini. Malah saya tidak dapat nyatakan adakah saya mampu jumpa seorang yang melanggar arahan tersebut dalam setiap 100m saya berjalan… 


Ya, rata-rata saya temui mengikut arahan. Tetapi berbeza pula apabila saya membuka media sosial, ada sahaja gambar dan provokasi orang ramai yang ingin membuktikan andaian-andaian mereka tepat bahawa keputusan untuk PKPB ini adalah satu keputusan yang kurang bijak.


Beginilah, saya pasti kita semua pernah mendenar kisah tentang Buya Hamka mengenai perbulan bersama seorang teman nya yang baru pulang dari Tanah Haram. Teman nya berkata, tidak disangka-sangka tempat maksiat berada di dalam Tanah Haram. Maka jawap Buya Hamka, yang beliau baru sahaja pulang dari New York, dan tidak ada tempat maksiat disana. Teman nya itu menjawap, mana mungkin, di Makkah sahaja ada, di Amerika pasti lebih banyak. Buya menjawap ‘Kita ini memang hanya dipertemukan dengan apa-apa yang kita cari’. Meskipun kita ke Makkah, tetapi jika yang diburu oleh hati kita adalah hal-hal buruk, maka syaitan dan jin akan membantu untuk kita mendapatkannya. Jika kita ke New York mencari kebaikan, pasti segala kejelekan akan bersembunyi dari kita.


Apa yang boleh dimengertikan dari kisah ini, jika kita mencari sebuah kesalahan, kita pasti akan bertemu dengan kesalahan. Jika kita hanya mencari kebaikan, pasti kita tidak akan ditemukan dengan kesalahan. 


Sama juga dalam kes pandamik ini, ramai diantara kita hanya focus pada kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang lain agar mereka dapat membuktikan bahawa idea dan pendapat mereka benar. Sedangkan ramai (telalu ramai) pula yang telah mengikut arahan sebaik-baiknya, tetapi keadaan mereka tidak pun dkelihatan. 


Berhentilah kita untuk mencari kesilapan dalam setiap perkara. Jangan sampai demi mencari satu kesilapan, kita buta untuk melihat seribu kebaikan yang berlaku di sekeliling kita. Kita ini semua manusia yang tidak lari melakukan kesilapan. Pasti ada kesilapan yang dilakukan, tetapi adakah kita semua melakukannya serentak? Pastilah tidak bukan? 


Janganlah kita busuk kan hati kita yang sudah sedia hitam. 

Read More