Kereta terbang, polemik tentang kemajuan pemikiran atau kejatuhan nilai perubahan

Naratif mengenai kereta terbang sangat mendapat tempat sejak akhir-akhir ini. Semenjak diumumkan bahawa Malaysia bakal mempamerkan sebuah prototaip kereta terbang pada tahun ini (2019), pelbagai reaksi diterima.

Antara nya ramai yang mentertawakan tentang pengumuman ini. Saya sebagai salah seorang insan yang berjuang dalam dunia pembangunan perisian dan teknologi sangat positive dengan pemumuman ini.

Pernah apabila disoal oleh seorang rakan, saya menyatakan bahawa saya sebagai orang IT sangat menyokong idea tersebut. Dengan penilaian saya ketika itu jika Malaysia mampu menghasilkan sebuah prototaip kereta terbang yang sekurang-kurangnya mampu naik setinggi satu meter pun ianya cukup membanggakan.

Cuba difikirkan, hanya negara-negara maju sahaja sebelum ini telah mempamerkan prototaip kereta terbang mereka. Kita Malaysia, “hard to say but it was true” sebuah negara yang masih dikategorikan sebagai salah sebuah “negara mustahil” yang akan menghasilkan produk inovasi dunia, mampu menghasilkan prototaip tersebut. Pastinya cukup membanggakan.

Jelasnya sesebuah inovasi baru pasti ditertawakan. Begitu juga yang dihadapi oleh wright bersaudara ketika mereka menyatakan niat menghasilkan kapal terbang. Ianya normal kerana minda manusia tidak mampu menerima tekanan perubahan kepada sesuatu yang tidak pernah kita lihat.

Tetapi apabila LIMA (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) berlangsung, prototaip yang dipamerkan adalah amat jauh dari jangkaan. Ianya pada saya sangat mengecewakan. Sebuah prototaip seperti alat permainan kanak-kanak dipamerkan di sebuah pameran dunia.

Adakah pihak bertanggungjawap telah hilang kuasa penilaian terhadap sesuatu inovasi atau pun daya fikir kepada sebuah perkara yang mampu memberi impak besar atau tidak.

Ianya sudah lagi tidak mengundang polemik bahawa rakyat Malaysia tidak mampu membuat perubahan pemikiran kerana mentertawakan idea untuk mengeluarkan kereta terbang. Tetapi kita sebenarnya telah memperkenalkan kita sebagai negara yang tidak mampu membuat penilaian kepada sesuatu perubahan. Sehinggakan kita mampu menerima dan mempamerkan sebuah mainan kecil dan berbangga menunjuk kepada dunia bahawa ia adalah prototaip kita.

Read More