Nasi Lemak sedap bukan kerana lemaknya.

Nasi lemak menjadi makanan “signature” untuk sarapan pagi rakyat Malaysia. Malah hari ini nasi lemak sudah dijual dari pagi hingga ke malam. Jika kita pergi kedai-kedai mamak, minta nasi lemak waktu tengah hari juga ada.

Tapi adakah sesuatu nasi lemak itu sedap hanya kerana nasi itu ber-lemak? Pernah makan nasi lemak tanpa sambal? Pernah ‘complain’ yang nasi lemak kurang ikan bilis dan kacang tanah? Elemen utama menjadi kan nasi lemak itu sedap adalah side dish yang dihidang kan bersama nasi ber-lemak itu sendiri. Sambal yang pedas dan ikan bilis yang rangup dan sebagainya. Lagi-lagi apabila ia dibungkus dengan daun pisang.. Fuhh memang terangkat lah..

Cuba bayangkan nasi lemak tanpa elemen-elemen tersebut? Orang masih lagi memanggil ia nasi lemak.. Tapi hilang la keharmonian yang dinikmati dari nasi lemak itu.

Begitulah perpaduan dibentuk. Cuba bayangkan Malaysia ini adalah sebuah hidangan nasi lemak. Elemen-elemen didalam nasi lemak itu termasuk nasi berlemak itu juga adalah bangsa-bangsa yang wujud dalam Malaysia ini. Jika dibuang sesuatu bangsa itu dari Malaysia, adakah keharmonian sebagai nama Malaysia itu dapat kita rasai? Kadang-kadang sesuatu elemen dimasuk kan terlebih atau terkurang tu adalah kebiasaan, dan menjadi tanggungjawap kita untuk perbetulkan. Kalau beli nasi lemak dapat sambal kurang, esok datang mintak sambal lebih. Tanggungjawap kita untuk saling menegur antara satu sama lain untuk keharmonian rasa nasi lemak yang sedap.

Tetapi jangan pula kita lupa, elemen yang menjadi kan nasi lemak itu sendiri adalah nasi lemak adalah nasi tersebut. Cuba kalau nasi tersebut tak berlemak. Nasi putih, letak sambal yang sedap, ikan bilis yang rangup dan kacang tanah yang terbaik. Adakah kita mahu memanggil itu nasi lemak? Itu mungkin boleh dipanggil nasi bajet. Begitu lah juga di Malaysia, Melayu Bumiputera adalah bangsa utama yang membentuk negara Malaysia ini. Sehingga membentuk nama negara ini sendiri. Adakah sesuai untuk kita pertikaikan apa yang telah termaktub didalam kontrak sosial yang telah dibuat sewaktu pembentukan negara ini dahulu di atas persetujuan semua bangsa yang menjadi elemen Malaysia hari ini?

 

Read More