Ketika kebenaran dipandang enteng dan kebaikan di salah sanjung.

  1. Baru-baru ini beberapa rakan saya di media sosial berkongsikan satu post mengenai seorang lelaki bermotosikal bersama anaknya terpaksa meminta sumbangan RM10 kerana berada dalam kesusahan.Ā 
  2. Saya tidak lah mengenali lelaki yang meminta sumbangan itu. Tetapi saya yakin dan pasti lelaki itu telah lama melakukan aktiviti meminta sumbangan seperti itu. Melalui caption dan komen yang ditulis, ternyata modus yang digunakan lelaki tersebut adalah sama.Ā 
  3. Lelaki tersebut akan mengatakan meminta sumbangan RM10 (atau RM5) untuk membeli susu anak kerana dia tidak dapat bekerja akibat kemalangan motorsikal.Ā 
  4. Kenapa saya berkata saya yakin? Kerana saya telah beberapa kali di temukan dengan lelaki terbabit semenjak sebelum PKP lagi. Kali pertama saya bertemu dengan dia adalah sewaktu keluar dari kedai serbaneka, dan lelaki terbabit (bermotosikal) menghampiri saya. Waktu itu dia bersama isteri dan seorang anak kecil. Meminta saya sumbangan Rm10 kerana ingin membeli susu anak (sambil menunjukan beberapa ringgit duit di tangan). Ketika itu saya yakin dia sedang susah, jadi saya memberi sumbangan kepadanya.Ā 
  5. Kali kedua saya bertemu lagi dengan dia selepas keluar dari sebuah kedai berhampiran tempat sebelum ini juga. Pada waktu itu dia bersama dengan seorang remaja perempuan (saya anggap anaknya) bersama juga seorang kanak-kanak. Mungkin dia tidak mengenali saya, dan menggunakan alasan yang sama seperti sebelum ini. Saya tanya kembali kepada dia, ā€œkita dah pernah jumpa kan. Abang pernah juga minta dengan saya sebelum iniā€
  6. Selepas saya berkata begitu, jelas berubah air muka lelaki terbabit. Dia hanya senyum dah berlalu pergi tanpa mengatakan apa-apa. Pada ketika itu saya nampak mulut dia terkumat kamit. Tidak tahulah apa yang dikatakan oleh dia.Ā 
  7. Beberapa pertemuan ditakdikan lagi kemudian dan masih menggunakan modus yang hampir sama, saya hanya memberikan senyuman sahaja.Ā (Kerana senyum itu sedekah mungkin)
  8. Cukup dengan kisah bagaimana saya bertemu dengan dia. Kembali kepada tujuan saya membuat post ini. Sewaktu saya melihat rakan-rakan saya berkongsi post mengenai lelaki terbabit di media sosial, saya dapati ramai yang bersimpati. Di dalam post tersebut juga ada berkongsikan nombor telefon lelaki itu. Diruangan komen pula beberapa rakan lain membuat sumbangan melalui bank transfer.Ā 
  9. Saya mahu menegur dan bercerita tentang apa yang saya tahu diruangan komen, tetapi saya batalkan niat tersebut. Pada waktu ini saya sedar, akan ada kebarangkalian yang tinggi saya akan di marahi atau istilah hari ini ‘dikecam’ kerana mempunyai sifat dengki dan buruk sangka. Saya juga tidak lah mempunyai bukti yang membenarkan cerita saya itu.
  10. Media sosial hari ini bukan lagi ruangan yang aman untuk kita bawa kebenaran ketika sesuatu itu telah bertopengkan kebaikan. Kita semua amat mudah terpengaruh dan menjadi hakim kepada sesuatu yang telah pun kita hukum kan sebagai sesuatu yang benar dan lantas menolak secara vito apa yang bertentangan dengan kita tetapkan.
  11. Perkara seperti ini tidak lah sihat untuk perkembangan sosio bermasyarakat kerana akan ada orang yang sentiasa menggunakan kebaikan untuk keburukan. Jadi masyarakat perlu lebih peka dan terbuka dalam membuat sesuatu penilaian antara kebenaran dan kebaikan.
  12. Saya amat berharap kebenaran akan ditunjukkan mengenaik lelaki terbabit suatu hari nanti.

Read More