Aku dengan Agamaku, kamu dengan agamamu.

Salam Jumaat.

Pada ketika Rasul Allah berdakwah di Makkah, kaum Quraisy yang bukan Islam bertemu dengan baginda untuk membuat tawaran supaya baginda rasul menghentikan dakwah baginda.

Setelah bermacam-macam cara kaum Quraisy gunakan untuk menghentikan dakwah baginda, mereka menawarkan supaya Rasul Allah menyembah tuhan mereka 1 hari, dan mereka menyembah Tuhan Muhammad 1 hari, secara berselang-seli. Tiada jawapan lain selain “Tidak” dari baginda Rasul.

Kemudian Quraisy datang kembali dengan menawarkan “Kami sembah Tuhan Kamu seminggu, dan kamu sembah tuhan kami sehari”. Jelas juga dikatakan “Tidak” oleh baginda.

Masih tidak berputus asa, Quraisy menawarkan “Kami sembah Tuhan Kamu setahun, kamu sembah tuhan kami sehari sahaja”. Tiada jawapan lain selain “Tidak” dari baginda Rasul.

Oleh kerana peristiwa ini, turun lah surah Al-Kafirun.

Katakanlah wahai Muhammad “Hai orang-orang bukan Islam! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah seperti kamu beribadah. Dan kamu pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.” Surah Al-Kafirun

Begitulah sekali kaum-kaum kafir Quraisy mencuba untuk menghalang dakwah Islam yang dilakukan oleh baginda Rasul. Adakah situasi tersebut berlaku pada hari ini?

Malah ada umat Islam hari ini dengan tenang dan tegas nya mahu umat Islam lain menerima pandangan dan cara hidup orang-orang bukan Islam sebagai sebahagian dari cara kehidupan orang-orang Islam. Adakah antara kita keliru sama ada :

menghormati hak dan keperluan agama lain untuk mereka adalah wajib bagi orang Islam

atau

menerima cara hidup mereka sebagai sebahagian dari cara hidup orang Islam adalah wajib bagi orang Islam” ?

Read More