Kenapa Impian Selalunya Lebih Besar Dari Keberanian

Kita semua ada impian. Ada yang mengimpikan rumah yang lebih selesa, kereta idaman, kebebasan daripada hutang, atau menjadi usahawan yang berjaya. Impian sentiasa kelihatan indah, luas dan besar. Tetapi apabila tiba masanya untuk melangkah, tiba-tiba kaki terasa berat.

Selalunya, keberanian kita ketinggalan berbanding impian yang kita bayangkan.

Kita takut gagal, takut menjadi bahan ketawa, takut kehilangan wang, takut masa yang dilaburkan sia-sia. Hakikatnya, keberanian bukan bermakna kita tak ada rasa takut. Ia cuma bermakna kita tetap bergerak walaupun rasa takut tu ada.

Hakikatnya, impian memang dicipta untuk lebih besar dari diri kita sekarang. Itulah yang menjadikannya sebuah impian, bukan sekadar rutin harian yang biasa. Namun setiap langkah kecil yang kita ambil akan membesarkan diri kita sedikit demi sedikit sehingga kita mampu menghampiri impian tersebut.

Malangnya, ramai yang menunggu keberanian muncul terlebih dahulu sebelum bertindak. Sedangkan keberanian selalunya lahir selepas kita bermula. Sama seperti belajar berenang, rasa takut tidak akan hilang selagi kita terus berdiri di tepi kolam. Kau kena terjun dulu, barulah rasa takut tu bertukar menjadi keyakinan.

Jadi persoalannya, bukan “cukup berani atau tidak?”.

Soalan sebenar:

“Adakah aku sanggup bermula walaupun aku belum cukup berani?”.

Kerana pada akhirnya, impian besar bukan untuk ditunggu… ia untuk dikejar, walaupun dengan langkah kecil yang gementar.

Read More